mukhayyam bnt...1

first tym buat woo..

(malas pulak nk upload bnyak2)

perhubungan??

adakah awk tau hbungan antara 2 biji mata awk???? mereka bkedip bsama, bgerak bsama, menangis bsama, melihat bsama dan tido bsama meskipown mereka x pnah melihat antara 1 sama laen....hubungan seharus nyer seperti itu....kehidupan bagai neraka tanpa kwn... hari ini adalah MINGGU KWN SEDUNIA siapa kwn awk???forward msg ney utk sume kwn awk, tmasuk sy jika sy slh seowg kwn awk...lihat brape bnyk awk dpt blek dari mereka...jika awk mndapat lbih dr 3, itu bmakna awk adalah seowg kkwn yg baik dan setia serta tahu erti PERSAHABATAN

aslih nafsaka, wad'u ghairaka

dakwah merupakan satu tuntutan...tidak timbul isu takut and so on...kerana itu adalah urusan Allah menilai kesungguhan hambaNya..urusan Allah memberi kebaikan dan sebaliknya... Yang penting kita telah melakukan sesuatu usaha..meskipun sedikit.. kerana Allah melihat usaha bukannya Natijah...


"Diri kita memang banyak kelemahan, tapi, kalau nak bandingkan kelemahan diri kita dengan keruncingan masalah ummat hari ni, maka masalah ummat tu lebih besar"



Jadi tade alasan la nak kata kita ni lemah la, tak qawi la dan sebagainya.

Tambahan, ayat 'aslih nafsaka, wad'u ghairaka' bukan bermaksud 'perbaiki diri kamu baru ajak orang lain'. Orang selalu tersilap. Sebenarnya, maksudnya, 'perbaiki diri kamu, sambil mengajak orang lain'

lagipun, kalau nak islah diri sendiri, ana nak tanya, diri kita ni sampai bila baru terislah? Tade manusia yang dapat islah diri dia 100%. Bila dia tertingkat, maka cabaran akan menjadi lebih kuat. Bila dia tertingkat, maka dosa-dosa kecil padanya akan kelihatan berat. Malah, iman kita ni yazid wa yanqus. Turun dan naik. So, ada masa kita ada di atas, ada masa kita di bawah. Tadenye yang sempurna.

nak sempurna, nak tunggu sampai bila? Ada manusia sempurna ke?
nak tunggu waktu tu, masyarakat dah habis hancuss dah...

so, apa lagi?
gerakkan diri!

Perdebatan Imam Abu Hanifah dengan Seorang Atheis


Perdebatan Imam Abu Hanifah dengan Seorang Atheis www.iluvislam.com 



            Terdapat banyak cerita tentang kehebatan Imam Abu Hanifah yang berjaya berdebat dengan golongan kafir dan sesat. Antaranya ialah cerita perdebatan beliau ketika umurnya masih muda.

           Ceritanya begini: Seorang Dahri atau Mulhid (atheis) telah menemui Sheikh Hammad iaitu guru Imam Abu Hanifah. Sebelum itu, dia telah mencabar para ulama’ berdebat dengan mengatakan:

"Kalian mengatakan Allah itu wujud tanpa ada tempat, sedangkan setiap yang wujud mesti mempunyai tempat".

Ramai ulama telah kalah berdebat, kemudian si Dahri ini bertanya kepada orang ramai:

"Masih adakah ulama di kalangan kamu yang mampu berdepat denganku?"

Mereka menjawab: "Ada, beliau bernama Sheikh Hammad".

Si Dahri pun mohon Khalifah agar perintahkan Sheikh Hammad untuk berhujah dengannya. Khalifah memperkenankan permintaan Si Dahri dan memerintahkan Sheikh Hammad dengan diberi tangguh hingga keesokan harinya. Pada pagi esok, Imam Abu Hanifah yang masih kecil telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya. Gurunya menjawab:

"Aku telah dipanggil oleh Khalifah untuk berdebat dengan si Dahri dalam perhimpunan para ulama. Semalam aku juga telah bermimpi sesuatu yang buruk".

Imam Abu Hanifah: "Apa yang Tuan Guru mimpikan?"

Sheikh Hammad: "Aku bermimpi melihat sebuah dusun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya."

Imam Abu Hanifah: "Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta'bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta'birkannya."

Sheikh Hammad: "Ta'birkanlah wahai Nu'man" (nama sebenar Imam Abu Hanifah).

Imam Abu Hanifah: "Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Dahri, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri. Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya."

Sheikh Hammad bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami'. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana. Si Dahri datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya:

"Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?"

Imam Abu Hanifah menjawab: "Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya."

Si Dahri: "Siapakah engkau ini, wahai budak? Engkau bercakap denganku sedangkan orang-orang yang ada kemegahan, orang tua, berserban besar, berpakaian labuh dan berlengan baju yang luas tidak mampu berdebat denganku. Inikan pula kamu yang masih kecil, masih mentah dan hina."

Imam Abu Hanifah: "Allah Taala tidak memberikan ketinggian dan kebesaran kepada orang yang berserban besar, berpakaian penuh kemegahan dan berlengan baju yang luas, tetapi Allah memberi kepada para ulama seperti firman-Nya, bermaksud:


           Dan (Allah memberikan kepada) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan 

                                 beberapa darjat.  Surah Al-Mujadalah (58) : 11


Si Dahri: "Engkaukah yang akan menjawab soalan-soalanku?"

Imam Abu Hanifah: "Aku akan menjawab dengan taufiq Allah."

Si Dahri pun mula bertanya: "Adakah Allah itu wujud?"

Imam Abu Hanifah: "Ya."

Si Dahri: "Di mana?"

Imam Abu Hanifah: "Allah tidak bertempat."

Si Dahri: "Bagaimana mungkin Dia wujud tapi tidak bertempat?"

Imam Abu Hanifah: "Dalilnya ada pada diri anda."

Si Dahri"Mana dia?"

Imam Abu Hanifah: "Bukankah kamu mempunyai nyawa?"

Si Dahri: "Memang."

Imam Abu Hanifah: "Di manakah tempat nyawa atau roh kamu itu? Di kepala kamukah? Atau di perut kamu? Atau di kaki kamu?"

Si Dahri tercengang-cengang tidak tahu jawab. Kemudian Imam Abu Hanifah menyebutkan pula tentang air dengan mengatakan:

"Bukankah air susu itu mempunyai lemaknya?"

Si Dahri: "Ya."

Imam Abu Hanifah: "Di manakah terletaknya lemak itu di dalam susu? Adakah di sebelah atas atau di sebelah bawah?"

Sekali lagi Si Dahri tidak dapat menjawab. Imam Abu Hanifah menambah: "Sebagaimana roh juga tidak bertempat di dalam tubuh, lemak tidak bertempat di dalam susu, maka Allah juga tidak bertempat di alam buana ini."

Si Dahri menyoal lagi: "Apa yang ada sebelum Allah dan apa yang ada selepas-Nya?"

Imam Abu Hanifah: "Tiada sesuatu sebelum Allah dan tiada sesiapa selepas-Nya."

Si Dahri: "Bagaimana dapat memahami tiada sesuatu yang mendahului yang wujud dan tiada sesuatu selepasnya?"

Imam Abu Hanifah: "Buktinya ada pada anggota badanmu."

Si Dahri: "Apa dia?" 

Imam Abu Hanifah: "Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Dan tiada sesuatu pun yang ada selepas jari kelingkingmu. (penulis: logik ini sangat tinggi, barangkali orang awam macam kita tidak memahaminya, wAllahua'lam) Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya."

Si Dahri: "Ada satu lagi soalan yang ingin aku tanyakan."

Imam Abu Hanifah: "Kemukakanlah, Insya Allah aku akan menjawabnya."

Si Dahri: "Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?"

Imam Abu Hanifah: "Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah."

Si Dahri pun turun, Imam Abu Hanifah pula di mimbar. Setelah beliau duduk, si Dahri itu pun bertanyakan soalan tadi.

Imam Abu Hanifah menjawab: "Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas."

Si Dahri rasa tertewas dan hujahnya dipatahkan. 

 

Bile lagi??






SATU HATI

bilakah lagi kita semua satu hati?
bilakah lagi keamanan kan dikecapi?
bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi?
bangunlah wahai ummah...
KITA SATU HATI

marilah...
bersama bersatu berjihad menentang KEAZALIMAN
sedarlah...
pembalasan tuhan pasti akan DATANG
JANGAN TAKUT..
bersabarlah...berjuanglah untuk keamanan..


sengaja ana pamerkan lirik lagu ni...ana harap semua dapat baca..x hayati pun xper asalkan bacer.. Rabu lepas ana berkesempatan mendengar dan melihat aksi banin berperang mulut. Hati ana waktu tu Allah sahaja yang tahu.. Jadi banin dan banat.. bila lagi kita nak satu hati? Jawapannya ada pada antum sendiri...

~wallahu a'lam~

KHAS KEPADA YANG MINAT MENJADI PHOTOGRAPHER

Dari Mata Lensa ke Mata Hati


Penulis dan Fotografi

Fotografi vs Perubatan. Bukan sahaja dua bidang yang berbeza malah arah yang cukup bertentangan. Itu adalah satu dilema yang pernah saya alami dahulu. Satu dilema yang tidak patut berlaku dan tidak boleh diterima logik akal, saya tahu. Tetapi sampai ke tahap itu sekali minat yang mendalam dalam bidang fotografi. Namun atas cita-cita yang tercipta sejak kecil, saya mengikut kata akal dan emosi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan walaupun hati kecil berkata sebaliknya. 

Bukanlah saya tidak bersyukur dengan peluang yang diberi atau tidak ‘passionate’ dengan bidang yang saya pilih namun atas sebab komitmen dan tanggungjawab yang kian banyak menyebabkan saya kurang punyai masa untuk diluangkan bersama kamera tersayang. Melihat sahabat-sahabat lain yang semakin maju dalam bidang fotografi, saya berasa sedikit cemburu dengan peluang mereka untuk terus mendalami dan melabur dalam bidang seni ini.

Selama lebih kurang 2-3 tahun saya berjinak-jinak dalam bidang fotografi, boleh saya katakan ianya merupakan satu seni yang bukan sahaja sukar diperhalusi tanpa praktikaliti yang cukup tetapi juga perlukan kesabaran dan penelitian lebih-lebih lagi bagi saya yang belajar semuanya dengan sendiri ‘from scratch’ melalui internet dan majalah-majalah fotografi. Namun atas hasil usaha saya yang tidak seberapa, fotografi betul-betul mengajar saya erti sebuah kesenian yang lebih luas dan lebih jauh daripada jangkauan lensa.

Bak kata pepatah inggeris, ‘A picture paints a thousand words’. Jika dahulu saya tidak faham mengapa sekeping gambar itu perlu dijual dengan harga mencecah jutaan ringgit. Tetapi sekarang saya sudah faham mengapa seseorang itu sanggup melaburkan wang untuk karya seni yang cukup tidak ternilai itu. Kerana bagi saya, fotografi itu merupakan satu cara untuk mengekspresi diri yang tidak semua orang mampu miliki dan hayati.

Kisah di Sebalik Lensa

Tanah Inggeris bukan sahaja menjadi tempat untuk saya melanjutkan pelajaran tetapi juga telah membuka mata saya kepada fotografer-fotografer terkenal di sana dan salah seorang daripada mereka ialah Peter Sanders. Mungkin bagi rakan-rakan lain yang juga melanjutkan pelajaran di UK atau Ireland atau Amerika Syarikat atau negara-negara barat yang lain sudah tidak hairan dengan kisah-kisah saudara baru memeluk Islam. Tetapi bagi saya, kisah Peter Sanders betul-betul memberi kesan di hati, mungkin juga kerana beliau seorang seniman fotografer yang istimewa.

Peter Sanders

Peter Sanders a.k.a Abdul Adzeem in action.
Bermula sebagai seorang fotografer selebriti-selebriti terkenal seperti Bob Dylan dan The Doors, Peter akhirnya terdetik untuk mencari suatu ketenangan yang tidak mampu diberi oleh profesyennya sebagai seorang fotografer ketika itu. Beliau akhirnya membuat keputusan untuk ke India dan mengaji di sana sebelum memeluk Islam sekembalinya beliau ke England 6 bulan kemudian.

“Having photographed almost every famous person in the music industry I got bored and started getting in to spritual things. I just wanted something else, and so I decided to go to India. I packed everything up and went, looking for a teacher. Eventually I found one, who was basically a Hindu but had a lot of what we consider 'Muslim Qualities'. I studied with him for about six months and when I cam back to England, some of my friends had become Muslim. Then there were other friends who had gotten heavy into drugs and alchohol. It was as if God was saying to me, 'which direction do you want to go?'.

 

I didn't know very much about Islam but I had dreams and various other things happened to me. So I made a decision to become Muslim without knowing too much about it. I was 24 years old at the time and within three months of becoming Muslim, I decided to go on Hajj. I didn't have the money but I just made the intention. My elderly Muslim teacher at that time had also made the intention and I knew that I wanted to go too. Someone gave me a ticket and I went. It was at the Kaaba that I learnt that my teacher had died on the way." – Conversion: Islam the Growing Religion.

Dari Mata Lensa ke Mata Hati

Bukan sahaja Peter dapat meluaskan pengalamannya mengenali dunia Islam di seluruh dunia seperti di China, Malaysia, Sepanyol dan lain-lain negara, beliau juga diberi keistimewaan untuk menangkap gambar Haji di Mekah yang tidak pernah dilakukan oleh seorang ‘westerner’. Namun peluang yang beliau miliki tidak disia-siakan malah foto-foto yang ditangkap mampu memberi impak yang cukup terkesan kepada setiap mata yang memandang.


Menurut Peter atau Abdul Adzeem, “Cahaya adalah sesuatu yang dekat dengan kehidupan seorang fotografer. Mereka sangat terpukau akan keindahan yang sanggup dihasilkan oleh cahaya. Tapi saya mendapati, satu jenis cahaya lain yang jauh lebih memukau, iaitu cahaya spiritual. Ada sesuatu dalam Islam yang mampu menghasilkan keindahan sekaligus cahaya.”

Fotografi dan Islam

Apa yang menarik perhatian saya dan membuat saya cukup tersentuh ialah kesungguhan Peter dalam kerjayanya sebagai seorang fotografer tetapi dalam masa yang samamenjalankan dakwahnya menerusi foto-foto yang dihasilkan. Dalam foto-fotonya jelas menampakkan kemampuan beliau menjadi seorang professional yang hebat dalam bidangnya tanpa meninggalkan identitinya sebagai seorang Muslim. Beliau tidak perlu meninggalkan Islam untuk bekerja sebagai seorang Muslim Photographer. Malah beliaumembawa Islam bersama.

Saya teringat beberapa artikel Ust. Hasrizal dan juga kisah Syed Qutb / Sheikh Muhammad Abduh [jika tersalah, minta tolong betulkan, saya tak ingat sangat] tentang istilah ‘Islam tanpa Muslim’ dan ‘Muslim tanpa Islam’. Bila dilihat dengan mata kepala sendiri, memang terasa sedih. Bagaimana muallaf-muallaf di negara barat bertambah ramai sedangkan Muslim sedia ada di Malaysia masih merangkak-rangkak (bagi yang ingin belajar, Alhamdulillah) dan terus hanyut (bagi yang tidak ingin belajar) dalam memahami agama.

Betapa ramai kenalan-kenalan saya di Malaysia yang sanggup meninggalkan dan menggadaikan agama demi kerjaya sebagai seorang fotografer. Tidak dinafikan ada juga fotografer yang islamik tetapi terlalu sedikit dan boleh dikira dengan jari. Kebanyakannya (tidak semua)  tanpa segan silu menangkap model-model yang tidak menutup aurat kerana itu sudah menjadi perkara biasa bagi mereka dan saya sendiri pun sudah ‘lali’. Dan tidak ketinggalan juga dengan golongan yang menangkap gambar-gambar model yang seakan-akan ‘telanjang’ yang mereka sangka diri mereka itu Britney Spears atau Jennifer Lopez, terlupa bahawa nama mereka hanyalah Tipah dah Bedah.

Kekecewaan dan kesedihan itu membuatkan saya semakin tidak ingin berjinak-jinak dalam bidang yang kurang islamik ini. Tapi seringkali saya teringat kisah Peter Sanders dan juga beberapa rakan fotografer yang islamik lain yang berjaya menghilangkan persepsi saya tentang ketidak-islami-an bidang fotografi ini. Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki.

The Art of Integration

Kesimpulannya, insan di sebalik kamera itu memainkan peranan yang jauh lebih penting daripada jenis kamera yang digunakan emotions  Walau pekerjaan apa yang kita lakukan, walau di mana juga kita berada, bawalah Islam bersama.



+i just copy this article...cuz i love reading about dis guy even 100 time still love it'

+it's really fun taking picture..it really precious..as u know photographer is part of my life

+a picture is worth a thousand word..

TaNda2 kEmatiAn

Adapun tanda - tanda sebelum kematian adalah sebagai berikut :

“Tanda 100 hari mau meninggal”
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma saja mereka sadar atau tidak.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat.
Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

“Tanda 40 hari sebelum hari mati”
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan- akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari”
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.

Tanda 3 hari”
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dirasakan, maka berpuasalah kita sesudah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan berangsur-angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

“Tanda 1 hari”
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan ubun- ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

“Tanda akhir”
Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesengguhnya selalu mengingat akan kematian itu adalah bijak, Bagaimanapun Hanya tuhan yang maha tahu dan mengetahuinya

Nasruddin dan Tiga Orang Bijak

Pada suatu hari ada tiga orang bijak yang pergi berkeliling negeri untuk mendapatkan jawaban atas pertanyaan yang mendesak. Sampailah mereka pada suatu hari di desa Nasrudin. Orang-orang desa ini menyodorkan Nasrudin sebagai wakil orang-orang yang bijak di desa tersebut. Nasrudin dipaksa berhadapan dengan tiga orang bijak itu dan di sekeliling mereka berkumpullah orang-orang desa menonton mereka bicara.Orang bijak pertama bertanya kepada Nasrudin, “Di mana sebenarnya pusat bumi ini?”Nasrudin menjawab, “Tepat di bawah telapak kaki saya, saudara.”“Bagaimana bisa saudara buktikan hal itu?” tanya orang bijak pertama tadi.“Kalau tidak percaya,” jawab Nasrudin, “Ukur saja sendiri.”Orang bijak yang pertama diam tak bisa menjawab.Tiba giliran orang bijak kedua mengajukan pertanyaan. “Berapa banyak jumlah bintang yang ada di langit?” Nasrudin menjawab, “Bintang-bintang yang ada di langit itu jumlahnya sama dengan rambut yang tumbuh di keledai saya ini.”“Bagaimana saudara bisa membuktikan hal itu?”Nasrudin menjawab, “Nah, kalau tidak percaya, hitung saja rambut yang ada di keledai itu, dan nanti saudara akan tahu kebenarannya.”“Itu sih bicara goblok-goblokan,” tanya orang bijak kedua, “Bagaimana orang bisa menghitung bulu keledai.”Nasrudin pun menjawab, “Nah, kalau saya goblok, kenapa Anda juga mengajukan pertanyaan itu, bagaimana orang bisa menghitung bintang di langit?”Mendengar jawaban itu, si bijak kedua itu pun tidak bisa melanjutkan.Sekarang tampillah orang bijak ketiga yang katanya paling bijak di antara mereka. Ia agak terganggu oleh kecerdikan nasrudin dan dengan ketus bertanya, “Tampaknya saudara tahu banyak mengenai keledai, tapi coba saudara katakan kepada saya berapa jumlah bulu yang ada pada ekor keledai itu.” “Saya tahu jumlahnya,” jawab Nasrudin, “Jumlah bulu yang ada pada ekor kelesai saya ini sama dengan jumlah rambut di janggut Saudara.”“Bagaimana Anda bisa membuktikan hal itu?” tanyanya lagi. “Oh, kalau yang itu sih mudah. Begini, Saudara mencabut selembar bulu dari ekor keledai saya, dan kemudian saya mencabut sehelai rambut dari janggut saudara. Nah, kalau sama, maka apa yang saya katakan itu benar, tetapi kalau tidak, saya keliru.”Tentu saja orang bijak yang ketiga itu tidak mau menerima cara menghitung seperti itu. Dan orang-orang desa yang mengelilingi mereka itu semakin yakin Nasrudin adalah yang terbijak.

Aku Mahu Mama

Di Propinsi Zhejiang China, ada seorang anak laki yang luar biasa, sebut saja namanya Zhang Da. Perhatiannya yang besar kepada Papanya, hidupnya yang pantang menyerah dan mau bekerja keras, serta tindakan dan perkataannya yang menyentuh hati membuat Zhang Da, anak lelaki yang masih berumur 10 tahun ketika memulai semua itu, pantas disebut anak yang luar biasa.Saking jarangnya seorang anak yang berbuat demikian, sehingga ketika Pemerintah China mendengar dan menyelidiki apa yang Zhang Da perbuat maka merekapun memutuskan untuk menganugerahi penghargaan Negara yang Tinggi kepadanya. Zhang Da adalah salah satu dari sepuluh orang yang dinyatakan telah melakukan perbuatan yang luar biasa dari antara 1,4 milyar penduduk China. Tepatnya 27Januari 2006 Pemerintah China, di Propinsi Jiangxu, kota Nanjing, serta disiarkan secara Nasional keseluruh pelosok negeri, memberikan penghargaankepada 10 (sepuluh) orang yang luar biasa, salah satunya adalah Zhang Da.Pada tahun 2001, Zhang Da ditinggal pergi oleh Mamanya yang sudah tidak tahan hidup menderita karena miskin dan karena suami yang sakit keras. Dan sejak hari itu Zhang Da hidup dengan seorang Papa yang tidak bisa bekerja tidak bisa berjalan, dan sakit-sakitan. Kondisi ini memaksa seorang bocah ingusan yang waktu itu belum genap 10 tahun untuk mengambil tanggungjawab yang sangat berat. Ia harus sekolah, ia harus mencari makan untuk Papanya dan juga dirinya sendiri, ia juga harus memikirkan obat-obat yang yang pasti tidak murahuntuk dia. Dalam kondisi yang seperti inilah kisah luar biasa Zhang Da dimulai. Ia masih terlalu kecil untuk menjalankan tanggung jawab yang susah dan pahit ini. Ia adalah salah satu dari sekian banyak anak yang harus menerima kenyataan hidup yang pahit di dunia ini.Tetapi yang membuat Zhang Da berbeda adalah bahwa ia tidak menyerah.Hidup harus terus berjalan, tapi tidak dengan melakukan kejahatan, melainkan memikul tanggungjawab untuk meneruskan kehidupannya dan papanya. Demikianungkapan Zhang Da ketika menghadapi utusan pemerintah yang ingin tahu apa yang dikerjakannya.Ia mulai lembaran baru dalam hidupnya dengan terus bersekolah. Dari rumah sampai sekolah harus berjalan kaki melewati hutan kecil. Dalam perjalanan dari dan ke sekolah itulah, Ia mulai makan daun, biji-bijian dan buah-buahan yang ia temui. Kadang juga ia menemukan sejenis jamur, atau rumput dan ia coba memakannya. Dari mencoba-coba makan itu semua, ia tahu mana yang masih bisa ditolerir oleh lidahnya dan mana yang tidak bisa ia makan. Setelah jam pulang sekolah di siang hari dan juga sore hari, ia bergabung dengan beberapa tukang batu untuk membelah batu-batu besar dan memperoleh upah dari pekerjaan itu. Hasil kerja sebagai tukang batu ia gunakan untuk membeli beras dan obat-obatan untuk papanya. Hidup seperti ini ia jalani selama lima tahun tetapi badannya tetap sehat, segar dan kuat.ZhangDa Merawat Papanya yang Sakit.Sejak umur 10 tahun, ia mulai tanggungjawab untuk merawat papanya. Ia menggendong papanya ke WC, ia menyeka dan sekali-sekali memandikan papanya, iamembeli beras dan membuat bubur, dan segala urusan papanya, semua dia kerjakan dengan rasa tanggungjawab dan kasih. Semua pekerjaan ini menjadi tanggungjawabnya sehari-hari.Zhang Da menyuntik sendiri papanya.Obat yang mahal dan jauhnya tempat berobat membuat Zhang Da berpikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengatasi semua ini. Sejak umur sepuluh tahun ia mulai belajar tentang obat-obatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli. Yang membuatnya luar biasa adalah ia belajar bagaimana seorang suster memberikaninjeksi/suntikan kepada pasiennya.Setelah ia rasa ia mampu, ia nekad untuk menyuntik papanya sendiri. Saya sungguh kagum, kalau anak kecil main dokter-dokteran dan suntikan itu sudah biasa. Tapi jika anak 10 tahun memberikan suntikan seperti layaknya suster atau dokter yang sudah biasa memberi injeksi saya baru tahu hanya Zhang Da. Orang bisa bilang apa yang dilakukannya adalah perbuatan nekad, sayapun berpendapat demikian. Namun jika kita bisa memahami kondisinya maka saya ingin katakan bahwa Zhang Da adalah anak cerdas yang kreatif dan mau belajar untuk mengatasi kesulitan yang sedang ada dalam hidup dan kehidupannya. Sekarang pekerjaan menyuntik papanya sudah dilakukannya selama lebih kurang lima tahun, makaZhang Da sudah trampil dan ahli menyuntik.Aku Mau Mama KembaliKetika mata pejabat, pengusaha, para artis dan orang terkenal yang hadir dalam acara penganugerahan penghargaan tersebut sedang tertuju kepada Zhang Da,Pembawa Acara (MC) bertanya kepadanya, “Zhang Da, sebut saja kamu mau apa, sekolah di mana, dan apa yang kamu rindukan untuk terjadi dalam hidupmu, berapa uang yang kamu butuhkan sampai kamu selesai kuliah, besar nanti mau kuliah di mana, sebut saja. Pokoknya apa yang kamu idam-idamkan sebut saja, di sini ada banyak pejabat, pengusaha, orang terkenal yang hadir.Saat ini juga ada ratusan juta orang yang sedang melihat kamu melalui layar televisi, mereka bisa membantumu!” Zhang Da pun terdiam dan tidak menjawabapa-apa. MC pun berkata lagi kepadanya, “Sebut saja, mereka bisa membantumu” Beberapa menit Zhang Da masih diam, lalu dengan suara bergetar iapun menjawab, “Aku Mau Mama Kembali. Mama kembalilah ke rumah, aku bisa membantu Papa, aku bisa cari makan sendiri, Mama Kembalilah!” demikian Zhang Da bicara dengan suara yang keras dan penuh harap.Saya bisa lihat banyak pemirsa menitikkan air mata karena terharu, saya puntidak menyangka akan apa yang keluar dari bibirnya. Mengapa ia tidak minta kemudahan untuk pengobatan papanya, mengapa ia tidak minta deposito yang cukupuntuk meringankan hidupnya dan sedikit bekal untuk masa depannya, mengapa ia tidak minta rumah kecil yang dekat dengan rumah sakit, mengapa ia tidak mintasebuah kartu kemudahan dari pemerintah agar ketika ia membutuhkan, melihat katabelece yang dipegangnya semua akan membantunya. Sungguh saya tidak mengerti, tapi yang saya tahu apa yang dimintanya, itulah yang paling utama bagi dirinya. Aku Mau Mama Kembali, sebuah ungkapan yang mungkin sudah dipendamnya sejak saat melihat mamanya pergi meninggalkan dia dan papanya.Tidak semua orang bisa sekuat dan sehebat Zhang Da dalam mensiasati kesulitan hidup ini. Tapi setiap kita pastinya telah dikaruniai kemampuan dan kekuatan ygistimewa untuk menjalani ujian di dunia. Sehebat apapun ujian yg dihadapi pasti ada jalan keluarnya…ditiap-tiap kesulitan ada kemudahan dan Tuhan tidak akan menimpakan kesulitan diluar kemampuan umat-Nya.Jadi janganlah menyerah dengan keadaan, jika sekarang sedang kurang beruntung, sedang mengalami kekalahan….bangkitlah!

aaaaa..???!

nk maen s0methin x??hehe~ act,ni bkn prmainan..sbnarnye ade nak bg tw sesuatu neh..s0,please bce n bsabar ekh..

1- erm,nk ckp cket neh.. bce NO 5
2- Mmmm..cmne ek nk ckp? Bce je la NO 8
3- nk taw ekh?erm,bce NO 9
4- huh,drpd pning bek bce jap NO 15
5- cmne ek nk ckp.. NO 17 je k..
6- kite nk ckp skg tp lbh bek bce NO 16
7- kite akn ckp tp bce dlu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple jek..tp bce dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cme bce jap NO 18
10- Blom lg la..bce NO 19 ye..
11- da pnt ekh? Bce jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp klu….(ah bce no 3 la)
13- tgl cket jek lg bce NO 20
14- argh,pnt neh..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. bce la NO 6
16- lorh,msh ta phm lg kew? Bce NO 12
17- ades,nk ckp neh..bce NO 7
18- kite taktau klu awk phm..tlg bce NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nt awk akn taw..
20- oke2,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 jek k

s0??get it..?haha~

Ahli 5Abu Bakar

hurm..okeyp,,!blog dh ader..skang nk knalkan ahli kelas plak..jeng!jeng!jeng! (",)

Ketua kelas : Firdaus
Pen Ketua : Fairuz

n0w..the other classmate..

basyeer ..
mujahid ..
asif ..
azraf ..
azfar ..
zulhimi ..
amer ..
assan ..
hanafi ..
nazrin ..
fahmy ..
meerol ..
faez ..
imran ..
zulfadhli ..
burhan ..
aoshfan ..
zulkamal ..
faiz(r) ..
hanbal ..
hilmi ..
hafizuddin ..
redza ..

td dak laky..skang gurl lak..

ma ..
sara ..
bella ..
kieyra ..
yukie ..
abby ..
dilla ..
malina ..
mieyn ..
asma ..
nadja ..
una ..
pieja ..
fara ..
maryam ..
dieyba ..

tu jer..dak kelas yang besh2!!hehe~ sume nyer baek2 blake..walaupn ad group haram..hahaha~ bg spe2 yg nk knal..leh lar datang kelas f5..kitorang wat xtw jek nnt..heheh..

STUDY FOR YOUR KNOWLEDGE

jom belajar....untuk menimba pengetahuan...
bukan hanya utk peperiksaan...
jom belajar...belajar ramai2..
kongsi semua ilmu yang ada...
kalau kita kongsi..insyaAllah~..xkan tension yaa..coz automatik kita bleh ingat sekaligus..

anywhere you go anywhere you when...
bring da books!...
anytype of books...
and read it!..
don't waste da time...
u know,..time is money..[time=money]
u hv knowledge u can make da money..

tahun ni nak SPM...
buat betul...terbaik mungkin...
jangan main2 lagi...kita main habis2 lepas SPM..
cuz ada kakak dan abg ex-smah kata...cuti yang paling best..cuti lepas spm..
so sebelum nak cuti tu...kena lah susah dahulu..(study gle2)
JOM BELAJAR~...
jom kita sama2 berjaya...
SPM CANDIDATE 09'
11A1...12 A1...INSYAALLAH~
AMEEN~

PROGRAM MOTIVASI


Ternampak article ni kat blog laen...
saja nak share dengan yang laen....
sekolah tu kat Shah Alam..agak jauhlaa....
sabtu ni program tu,..nak dekat dah!!..

MENGIMBAU KENANGAN.....


UMARIANZ 08'



iNGAT LAGI GAMBAR NI???....
masa tu semua nakal2 lagi...
banyak maen..
result exam pun agk x memberansangkan....
banyak gaduh2..(so sweet)...
semua gaya mcm tataw jaa thn dpn SPM...
time blaja banyak maen..xpun tidur...
guru kelas pun pening kepala tengok ank2 buah dia mcm ni..(mh. HAmisah n M.Fahmi)
bile exam..keluar dewan je...semua muka hepi..sbb ap nye???...

pejam celik...pejam celik...tahun ni dah tingkatan 5
tahun terakhir kita di alam sekolah....
tahun terakhir kita bersama menempuh suka duka...
tahun ni jugalah segala-galanya bermula...
tahun ni jugalah nak ambil peperiksaan yang SANGAT besar..(spm)
tahun ni jugalah kita tanggung tanggungjawab yang sangat besar..
tahun ni jugalah kita mengenal dunia luar yang penuh cabaran

tapi....
tahukah...
segala kenangan dan pengalaman yang kita bersama buat...
ada pahit manisnyaa...
dan itulah yang kita akan ingat sampai ke tuaa....

jadikan TAHUN INI PALING BERMAKNA KITA BERSAMA...
ABIANZ 09' TETAP DI HATI
WALAU KE MANA KITA BERADA..
AMEEN~..

p/s...bila nak tangkap gambar f5 thn ni..gambar baru....

ATTENTION!!

Seperti mana yang kita tahu nama kelas kita....

kelas 5 abu bakar...

dipanggil...abu bakarians 09'

dalan singkatan ABIANS 09'

best x???...

jadi lepas ni x perlu tulis panjang2..m'menatkan jaaa

JUST TYPE....ABIANS 09'..

wassaalam..(tu jaa..saja nak bagi suspen)

SUKAN SMAH 09' (PART II)


Haa...ni pula gambar banin..(banin 5X ganda lagi semangat dari banat..)

sebelum perbarisan bermula sehinggalah habis sukan...ni la keje depa..

gambar ni mmg smart!






suma hepi2.....walaupun sowang jaa yang dapat hadiah

fulamak~dasyat~

apa-apa an ni...dasyat~ramai deyh~bodyguard~


ni sahaja yang dapat diletakkan..
wassalam...




PESANAN SAHABAT





Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan,
pergilah ke tempat kamu ingin pergi,
jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan,
dan satu kesempatan,
untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan,
moga ianya sentiasa dalam reda tuhan,

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,
sebab ianya hanya sementara,
jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat memusnahkan,
Tertariklah kepada seseorang,
yang dapat membuatmu tersenyum,
kerana hanya senyuman yang mampu,
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah,
Semoga kamu menemukan orang seperti itu,

Semoga kamu mendapatkan,
kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati,
ujian yang cukup untuk membuatmu kuat,
kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia,
yang punya rasa simpati,
pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu lebih bersemangat
dalam menempuh kehidupan,

Disaat satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan,
tetapi acapkali kita terpaku,
pada pintu yang tertutup,
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan,

Sahabat terbaik adalah dia,
yang dapat bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah katapun,
dan kemudian kamu meninggalkannya,
dengan perasaan telah berbicara lama dengannya.
kerana dia membuatmu bahagia,

Sungguh benar bahawa,
kita tidak tahu apa yang kita miliki,
sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahawa,
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki,
sampai kita mendapatkannya,

Orang-orang yang paling berbahagia,
tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik,
dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya,

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu,
beberapa orang yang salah,
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti,
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu,

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis,
mereka yang disakiti hatinya,
mereka yang mencari dan mereka yang mencuba,
Kerana hanya mereka itulah yang menghargai,
pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka

Masa depan yang cerah,
sentiasa ada,
jika kamu tidak melupakan kegagalan dan kesakitan di masa lalu,
jangan pernah mengucapkan selamat tinggal,
jika kamu masih mahu mencuba,
dengan kesungguhan,
jangan pernah menyerah,
jika kamu masih merasa sanggup,

Waktu kamu lahir,
kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum,
jalanilah hidupmu dengan bahagia,
sehingga pada waktu kamu mati,
detik itu,
kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis. 


+DA BEST POEM IN DA WORLD+
+DAPAT ANUGERAH LAGU TU+


SUKAN SMAH 09'

Telah berlangsungnya sukan SMAH 09' pada bulan feb dan mac...
semua pelajar bertungkus lumus berlatih untuk merebut kejuaraan
ni gambar2 di bawah panas terik..tapi ni gambar banat jaaa....

RUMAH MERAH
(ahli2 dia semangat sungguh..serius n berkomitmen)

RUMAH BIRU
(butterfly...garden...wah..wah..wah...biru selamanyaa)
RUMAH KUNING
(ceria...dan hepi2 selalu..)

RUMAH HIJAU
(menyerlah..siap tudung pun warna hijau)
dan akhirnya.........inilah keputusan akhir sukan bagi tahun 2009....
pertama:merah..(2 thn dpt num 4..akhirnya)
kedua:hijau...(sama jaa..boring betul)
ketiga:kuning...(tetap hepi2 jaa..)
keempat:biru...(thn dpn menaik yaa)

AHLI JAWATANKUASA RUMAH SUKAN :
MERAH
KETUA : muhammad azfar
PN. KETUA : siti fairuz

HIJAU
KETUA : muhammad hassanuddin
PN. KETUA : sarah sadida

KUNING
KETUA : amirul rostam
PN KETUA : yusraa

BIRU
KETUA : mujahid umar
PN KETUA : noor syakirah

tahniah kepada ketua dan penolong rumah sukan dan kepada semua pelajar tingkatan 5
kerana telah menceriakan,menjayakan sukan smah kita tahun ni..
yey!!...sukan terakhir kita bagi peringkat sek...


OLAHRAGAWATI 2009 : Nurul Husna Aina...(ting 5)...tahniah2

see dat!..student f5 dis year is da best!


sekian,.....wassalam

ADAKAH KAU LUPA


Artist: Alarm Me
Song Category: Nasyid
Adakah kau lupa 
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa


Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan


Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan


Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang


Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
+Pernah dengar lagu ni??...cuba hayati yaa..

Mabruk M.Qamarul & K.Khairah





Assalamualaikum..
berita hangat..
okayh..siap sedia..
sape yg rase nk syahdu tu,control la sket ye..

Jumaat pagi..3 April 2009~

Alhamdulillah..M.Qamarul selamat diijabkabulkan dengan satu lafaz dalam bahasa arab.

Qamarul Naim & Khairah | diijabkabulkan pada 3 April 2009




M.Qamarul & K.Khairah

K.Khairah &M. Qamarul

“macam tak percaya je M. Qamarul dah kawen”

menjamu selera

M.Qamarul & K.Khairah menuju ke dewan diiringi paluan kompang

tersenyum riang selepas akad

gementar kot..

dari pengantin perempuan(zaujah M.Qamarul lah ye?)
Ini namanya mahar kawan2

dari pengantin lelaki(M.Qamarul la tu)


Sekali lagi Tahniah dan Mabruk buat pengantin baru.moga Allah terus memberkati dan merahmati pernikahan ini..

Sape pulak lepas ni yee?? hmmm…

+Waalahua’lam+ 





Kita sekarang ni senior!!

Kepada semua sahabat2 ana yang dikasihi kerana Allah, sedar tidak sedar kita sudah melangkah lagi satu tapak ke tangga yang tertinggi di bumi Hidayah yang diberkati. Mungkin tahun depan merupakan tahun yang terakhir bagi sesetengah daripada kita yang tidak bercadang untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat STAM. Jadi kita akan jadi pemimpin dan ikutan adik-adik. Imej Hidayah itu sendiri terletak di bahu kita sebenarnya.. Jadi ana dengan rendah hatinya ingin mengingatkan teman-teman dan diri sendiri juga akan akan beberapa perkara untuk kita menempuh alam 'senior' di sekolah kita yang tercinta.

FIRST
Ilmu itu penting kerna dengan ilmu iman kita insyaAllah akan bertambah. Malah menuntut ilmu dengan niat yang ikhlas merupakan satu jihad dimana pahalanya menyamai berperang di jalan Allah. Jika kita dengan izin Allah mati ketika menuntut ilmu insyaAllah kita akan ditempatkan bersama para syuhada'.
Jadi bersungguh-sungguh serta beriltizamlah kita menuntut ilmu bagi menggapai redha Allah. Spm jadikan sebagai wasilah kita bagi mengembangkan Islam.. Jadi teman-teman suburkanlah dengan sikap mencintai serta jiddiyah dalam menuntut ilmu. Senangkan hati mualim dan mualimah kita. Jangan buat perangai dan tumpukan sepenuhnya dalam target kita menuntut ilmu. Tolong serius kerana Allah menyukai pemuda yang tiada sikap keanak-anakan.

SECOND
Pernah dulu kawan kita bertanyakan 'ikhtilat itu apa?'
Izinkan ana terangkan apa yang ana fahami tentang ikhtilat insyaAllah~
Ikhtilat merupakan pergaulan lelaki perempuan yang tidak syari'e serta melanggar peraturan yang ditetapkan Allah. Ingin ana kongsikan hadis ini khas untuk teman-teman banat fillah sekalian;

sabda Nabi Muhammad saw

'Jika seseorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taatkan suaminya dan menjaga maruahnya, pilihlah mana-mana syurga yang dia mahu'

hadis riwayat Bazzar

Jadi banat, maruah kita sebagai wanita amat tinggi dan begitu berharga sehigga boleh menjanjikan syurga untuk kita. Maka jagalah maruahmu sebaik-baiknya. Jangan kau tewas kepada lelaki.

Teman-teman, kurangkan or say no to ber'chatting'an dan ber'mesej'an antara berlainan jantina yang bukan di atas sebab-sebab yang membolehkan. Hati kita lama kelamaan menjadi kotor sedikit demi sedikit dan mana mungkin redha Allah mengiringi kita jika hati kita tidak berusaha sedaya upaya menyucikannya. Dan jika redha Allah tidak bersama kita, teman-teman.. bagaimana adik-adik kita meredhai dengan kepimpinan yang akan kita pikul di sekolah kelak?
Jika kita sendiri melanggar ketetapan yang ditetapkan Allah mana mungkin adik-adik akan mengikut telunjuk kita? Ya.. pesanan ini untuk diri ana juga. Sama-samalah kita bermula sedikit demi sedikit menyucikan hati kita untuk mencari secebis mardhatillah.

Cukuplah setakat ini sahaja ana ingin ketengahkan. Ana perhati benda ini sudah banyak berlaku dan semakin hari semakin parah. Dan tidak mustahil perkara ini akan menjadi satu trend dan kebiasaan bagi kita. Waktu itu hilanglah sikap malu wanita, lelaki yang sepatutnya pemimpin seperti singa raja rimba menjadi lemah longlai tidak bermaya di bawah hanya satu jelingan wanita.

Semoga Allah bukakan pintu rahmatNya kepada kita malah lebih luas lagi. Kuatlah kita melawan nafsu dan jahiliyah yang melanda deras di zaman ini.

Sabda Rasulullah

'Sesungguhnya mukmin yang kuat lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah'

wallahua'lam..