aslih nafsaka, wad'u ghairaka

dakwah merupakan satu tuntutan...tidak timbul isu takut and so on...kerana itu adalah urusan Allah menilai kesungguhan hambaNya..urusan Allah memberi kebaikan dan sebaliknya... Yang penting kita telah melakukan sesuatu usaha..meskipun sedikit.. kerana Allah melihat usaha bukannya Natijah...


"Diri kita memang banyak kelemahan, tapi, kalau nak bandingkan kelemahan diri kita dengan keruncingan masalah ummat hari ni, maka masalah ummat tu lebih besar"



Jadi tade alasan la nak kata kita ni lemah la, tak qawi la dan sebagainya.

Tambahan, ayat 'aslih nafsaka, wad'u ghairaka' bukan bermaksud 'perbaiki diri kamu baru ajak orang lain'. Orang selalu tersilap. Sebenarnya, maksudnya, 'perbaiki diri kamu, sambil mengajak orang lain'

lagipun, kalau nak islah diri sendiri, ana nak tanya, diri kita ni sampai bila baru terislah? Tade manusia yang dapat islah diri dia 100%. Bila dia tertingkat, maka cabaran akan menjadi lebih kuat. Bila dia tertingkat, maka dosa-dosa kecil padanya akan kelihatan berat. Malah, iman kita ni yazid wa yanqus. Turun dan naik. So, ada masa kita ada di atas, ada masa kita di bawah. Tadenye yang sempurna.

nak sempurna, nak tunggu sampai bila? Ada manusia sempurna ke?
nak tunggu waktu tu, masyarakat dah habis hancuss dah...

so, apa lagi?
gerakkan diri!