10 tahun sebelum merdeka


jangan lupe tgk sampai part 4!!

Science Fair Project

25 Pesanan

25 PESANAN

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak
manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 - Orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan
mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd
ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan
dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak
menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ),
tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai
orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg
tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah
drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg
amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai
tetangga (jiran) yg jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila
tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging
burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis
perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu
kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan
dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg
terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan
janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum
tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah
urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu
tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg
mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
mahu menambahkannya
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu
dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih
berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila
tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian
engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah
memberikan barang yg berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak
mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu
darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima
pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan
mendatangkan cela pd dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan
olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja.
Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan
dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan
kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara,
usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg
menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya
sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat
daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr
berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata
nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah
hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu
disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg
selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

10 Jenis Makanan Antikolesterol

1. SOYAKacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkanKacangsoya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dptmenghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineralygmembantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL)danmeningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACIKuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zatbesiboleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrolHDL.Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu ataubungamatahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERINGAntara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyakmengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemakLDLsehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid jugabolehdiperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPALMemakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untukmembekalkankhasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanakygmemakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya,sebenarnyamenyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
5. IKAN TUNAtermasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon danmakarel.Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadarkolestrolLDL.
6. KACANG TANAHKacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kayadengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidakmerosakkan kolesterol LDLdan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGAVitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing,kedodong,betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegahkolestrolLDL dlm tubuh.
8. KISMISMengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap ygmengamalkandiet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestroldlm darah sebanyak 8%.
9. OATLebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawapengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah.Seratmudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantungsekiranyadijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATUIa mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.Disyorkanmengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikankhasiatnyabertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari,iaitusebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkanberat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan ygsesuai

Jom Hafal

1.Enzymes secreted by pancreas

Lembaga- Lipase
Air -Amylase
Perak -Protease

2.At small intestine

S - sucrase
M - maltase
E - erepsin
L - lactase
L - lipase

3.at stomach

P - pepsin
R- renin

4.Trees in Mangrove Swamp according to depth

Amin - Avicenia
Suka - sonneratia
Rancangan - Rhizophora
Berita - Brugeria

5.Heirarchy In Classification of Organisms

Keep - Kingdom
Pot - Phylum
Clean - Class
Or - Order
Family - Family
Get - Genus
Sick - Species

6.Name of Backbone

cikgu - cervical vertebrae
tidur - thoracic
lambat - lumbar
sibuk - sacral
chatting - coccyx


PELAJAR CEMERLANG SPM & STPM 2008 DAPAT HADIAH WANG

[Saturday, March 14, 2009

Hari Sabtu yang menakjubkan buat dua orang pelajar cemerlang dalam SPM dan STPM yang baru diumumkan baru-baru ini. Mohamad Hafizueddin Abdul Karim, pelajar cemerlang STPM 2008 dan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal pelajar terbaik SPPM 2008 keduanya menerima sumbangan imbuhan, bertemu menteri yang berbeza dalam situasi yang berbeza.

Seorang di Kelantan dirai dalam sebuah majlis, manakala seorang lagi di Pulau Pinang dikejutkan dengan lawatan ke rumahnya.

Kita tengok kisah mereka, semoga jadi sumber inspirasi untuk yang bakal menduduki SPM dan STPM tahun ini pula.

Pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Mohamad Hafizueddin Abdul Karim agak terkejut melihat kedatangan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ke rumah keluarganya di sini, Sabtu.

Mohamad Hafizueddin, pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn di sini, berkata beliau terharu apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu menyampaikan imbuhan kewangan atas pencapaian cemerlangnya.

"Saya amat terharu apabila Nor Mohamed sanggup meluangkan masa untuk menyampaikan imbuhan kepada saya," katanya pelajar berusia 19 tahun di rumah keluarganya di Teluk Air Tawar Indah, Tasek Gelugor, dekat sini.

Anak kedua daripada lima adik-beradik itu memperoleh 4 prinsipal A dalam subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan Pengajian Am.

"Saya cadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang supaya saya dapat membantu keluarga pada masa depan," kata Mohamad Hafizueddin yang bekerja di kilang pau di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Teluk Ayer Tawar ketika menunggu keputusan STPM.

Bagaimanapun, ibu Mohamad Hafizueddin, Zalina Ishak, yang menyara keluarga selepas kematian suaminya dalam kemalangan jalan raya pada 2005, berkata beliau tidak menjangka anaknya dapat memperoleh keputusan cemerlang.

Ibu tunggal berusia 40 tahun itu menjalankan perniagaan pasar malam di sekitar Seberang Jaya.

"Saya sentiasa menasihatkan anak-anak saya supaya belajar dengan tekun supaya dapat mengubah nasib dan masa depan mereka," katanya.

Sementara itu, Nor Mohamed berkata Mohamad Hafizueddin adalah pelajar contoh yang mampu mencapai kejayaan dalam pendidikan walaupun kehidupannya susah selepas pemergian ayahnya.

"Dia terpaksa membantu ibunya di pasar malam dan bekerja sambilan di kilang bagi meringankan bebanan hidup sekeluarga," katanya.

Dalam pada itu, pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal pula hari ini menerima hadiah wang tunai RM4,000.

Hadiah dari Yayasan Nelayan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia itu disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed di sini.

Nik Nur Madihah, 18, anak nelayan dari Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan mendapat 20 A (19 A1, I A2) dalam SPM tahun lepas.

"Kita bangga dengan pelajar SM (Agama) Maahad Muhammadi Kota Baru ini, yang bapanya merupakan seorang nelayan sementara ibunya seorang tukang cuci," kata Mustapa semasa menyerahkan sumbangan itu kepada Nik Nur Madihah pada majlis sambutan Bulan Veterinari, di sini.

"Kejayaan Nik Nur Madihah membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dicapai sekiranya kita ada kesungguhan," tambah beliau.

(Sumber: Bernama)

Sebenarnya, ramai lagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM. Namun begitu, yang berbeza adalah ruang sosio ekonomi keluarga pelajar tadi patut diambil iktibar oleh kita semua. Seperti firman Allah dalam Surah Al-Insyirah (5-6) " Sesungguhnya dalam kesulitan, tetap ada kemudahan".

SPM 2010...10 MATAPELAJARAN??

Kajian Untuk Hadkan Jumlah Mata Pelajaran Bagi Peperiksaan SPM - KPM
[Thursday, May 21, 2009 | 0 comments ]


Kementerian Pelajaran mungkin akan mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis.

Ini bagi memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, katanya.

"Patut diselaraskan jumlah mata pelajaran yang setiap pelajar boleh ambil...kenapa mereka perlu ambil 20 mata pelajaran sedangkan ada yang tidak diajar di sekolah dan hanya belajar di kelas tuisyen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Puteri Umno di pejabatnya di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sistem sedia ada dalam pemberian biasiswa berdasarkan jumlah A yang diperoleh pelajar patut diubah.

Sebagai contoh, katanya pelajar yang mendapat 14A akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapat biasiswa tetapi ini adalah tidak adil kepada mereka yang hanya dibenarkan mengambil sembilan mata pelajaran walaupun mereka mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.

"Pastinya, pelajar di sekolah berasrama penuh yang hanya dibenarkan mengambil sembilan atau 10 mata pelajaran tidak dapat bersaing dengan mereka yang memperoleh lebih banyak keputusan A," katanya.

Muhyiddin berkata beliau tidak mempertikaikan mereka yang memperoleh banyak A tetapi keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar yang hanya dibenarkan mengambil jumlah mata pelajaran tertentu.

Katanya perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak paad 25 Mei.

(Sumber: Bernama - 21/05/2009 - 20:57 PM)


nasib baik berita ni tidak berlaku pada tahun kita...tapi sedeh pula berlaku pada tahun adik2 kita....ni yg nak buat mogok ni!!...

JADUAL SPM 2009

nak tengok jadual peperiksaan SPM???????...clik di wbh ini!

http://www.moe.gov.my/lpm/files/spm/CadanganJadualWaktu%20SPM2009-updated18Feb2009.pdf

+
+
+
jadual SPM 2009 dah keluar!!!...tengok lah..


18 november 2009 mulanya SPM..

+
+
+
......spm...spm...spm..a journey with 1000 miles begin with one steps...this is it!..

......semoga semuanya sedar akan tanggungjawab kita sekarang ini!

may Allah bless..

jom download

soalan2 percubaan SPM